Blogger Widgets

Sunday 1 July 2012

Pembentangan Kertas Kerja 'Berkampung Bersama Hijjaz'




Pembentangan Kertas Kerja ini telah berlangsung pada 23/1/2012
Pihak Hijjaz Records telah bersetuju dan menerima Kertas Kerja yang kami bentangkan kepada mereka.
Anggota Hijjaz yang hadir pada hari tersebut ialah En. Ariffin dan juga En. Isman.

Malam Amal Al-Munir 2012 Istimewa Bersama Hijjaz















Sunday 17 June 2012

myMetro | Hijjaz kembali ligat

 myMetro | Hijjaz kembali ligat

SEPANJANG tahun lalu kumpulan nasyid Hijjaz dihambat kontroversi kegagalan penghantaran bakal jemaah umrah ke Tanah Suci Makkah menerusi syarikat mereka Hijjaz Legend Travel & Tours Sdn Bhd dan ia masih belum selesai.
Meski apa saja rintangan dan halangan yang melanda kumpulan itu, namun semangat juang untuk berdakwah menerusi lagu nasyid tetap utuh dalam sanubari dan menganggap ia bukanlah penamat kepada perjuangan mereka kerana mereka yakin apa jua masalah yang datang pasti ada jalan keluar. Hijjaz juga bersyukur kerana mereka terus mendapat sokongan peminat.
Pada 16 September nanti, Hijjaz bekerjasama dengan Amity Enterprise dari Ipoh, Perak menganjurkan program Berkampung Bersama Hijjaz Sempena Akhir Syawal bertempat di Taman Tema Lost World Of Tambun Ipoh.

Amir Hamzah Aumran dari Amity Enterprise yang juga pengarah projek itu berkata, pihaknya berminat untuk menganjurkan program itu kerana Hijjaz ramai peminat daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa.


“Saya memilih Hijjaz kerana sejak sekolah sehingga belajar di pusat pengajian tinggi saya amat meminati mereka yang antara kumpulan nasyid paling awal ditubuhkan, memiliki identiti sendiri dan kekal sampai sekarang.

“Apabila sudah dewasa dan menubuhkan syarikat pengurusan acara sendiri dengan bantuan rakan-rakan, saya berhasrat bekerjasama dengan Hijjaz bagi menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.

“Irama kerohanian dan ketuhanan yang mereka perjuangkan sejak lama dulu menjadi santapan rohani amat diperlukan untuk menjadi umat Islam yang baik dalam usaha mendapat keredaan Allah SWT. Kalau band yang ada pada hari ini datang dan pergi tetapi kumpulan nasyid terus bertahan,” katanya.

Oleh itu Amir yakin program sehari itu akan mendapat sambutan baik yang mana mereka mensasarkan penyertaan 5,000 peminat. Program itu bermula dari jam 10 pagi hingga 11 malam yang diisi dengan pelbagai acara.

Aktiviti yang dinamakan Kembali Ke Kampung akan menggamit semula nostalgia zaman nenek moyang kita dulu. Sekarang tidak kelihatan lagi kanak-kanak menarik upih di kampung, tiada lagi permainan galah panjang ataupun congkak yang menggunakan biji getah. Bukan lagi perkara yang luar biasa apabila ada kanak-kanak zaman sekarang tidak kenal pokok getah, apatah lagi biji getah.

“Kami akan membawa segala permainan tradisional itu semula. Pasti ia menarik dan sesiapa yang teringat semula kisah lamanya dulu, tentu akan tersenyum sendiri, kami akan tukarkan Lost World Of Tambun menjadi perkampungan Melayu,” katanya.

Antara aktivitinya termasuklah acara Mengacau Dodol, Menganyam Ketupat, Bermain Congkak, Explorace, Tarik Tali, Tarik Upih, Lari Dalam Guni, Batu Seremban, Permainan Air, Futsal dan Bola Tampar Pantai.

Selepas solat Zuhur, acara diteruskan dengan gimik daripada penganjur dan aktiviti bebas di mana peserta boleh mandi-manda dan mencuba aneka permainan yang ada di taman tema itu.

Seterusnya pada sebelah malam diadakan majlis makan malam bertemakan Jom Balik Kampung, disusuli ceramah daripada tokoh agama terkenal dan persembahan istimewa Hijjaz. Acara itu akan berakhir sekitar jam 11 malam.

Mereka yang ingin menyertai program itu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut, layari http://berkampungbersamahijjaz.blogspot.com. Penyertaan sedang dibuka dan tarikh akhir pendaftaran pada 1 Jun ini.

Tambah Amir, bagi merapatkan kemesraan dengan anggota Hijjaz iaitu Isman, Munif, Faizal dan Ariffin, mereka akan dipecahkan untuk mewakili kumpulan masing-masing.

“Sebagai ketua kumpulan untuk kumpulan mereka sendiri, kami reka kemeja-T yang berbeza corak dan warna untuk setiap anggota Hijjaz,” katanya.

Pada hari itu nanti, Amity Enterprise turut menjemput 30 anak yatim dari sekitar negeri Perak.

myMetro | Hijjaz kembali ligat

Monday 11 June 2012

Lanjutan Tarikh Penyertaan

Kepada sesiapa yang masih berminat untuk menyertai program ini, pihak Amity Enterprise telah melanjutkan tarikh penyertaan hingga akhir bulan ini iaitu pada 30 Jun 2012. Inilah peluang anda untuk menyertai program ini. Cepat sebelum terlambat :)

Download borang
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host
back to top